Sunday, May 22, 2016

Filled Under:

BRADERR NIE BUAT LAWAK BETOIII .... ADA MISAI ADA BAUK,,INI BARU LESEN ORI PUNYA LUKIS DENGAN PENCIL.PANDAI SANGAT LAST KANT@I DENGAN POLIS.

Remaja Disaman Kerana Miliki 'Lesen Memandu' Lukisan Pensil - Semasa
Oleh : Dean BZ

Padah! Dalam satu sekatan jalan raya di SS15, Subang, seorang remaja yang bertindak melukis lesen memandu menggunakan pensil bagi menyakinkan rakannya dia sudah memiliki lesen ditahan sepasukan polis semalam.
Dalam kejadian pukul 10 pagi, pelajar lelaki berusia 17 tahun yang menunggang motosikal jenis Yahama 125z itu bukan sahaja tidak memiliki lesen memandu yang sah, malah menggunakan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Memetik dari laporan K! ONLINE, pihak polis telah mengeluarkan dua saman terhadap remaja itu berikutan tidak memiliki lesen memandu serta nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan. 
Gambar remaja itu bersama "lesen lukisannya" juga mula viral di media sosial sejak semalam. - CARI Infonet. 
Sumber - K! ONLINE




0 comments:

Post a Comment