Selepas mengikat tali pertunangan, perasaan sayang terhadap si dia yang sudah hampir hendak menjadi pasangan kita yang sah sudah pasti akan membuak-buak.
Namun, kadang-kadang masa silam menjadi penghalang kebahagiaan, mungkin kerana kesilapan lalu yang menyebabkan kebahagiaan yang diimpikan berkubur dalam sekelip mata.
Seorang lelaki telah meluahkan perasaannya kepada sebuah page luahan hati, IIUM Confessions – BM di mana mengisahkan beliau yang bakal berkahwin tetapi rahsia besar tunangnya itu telah terbongkar sedangkan tarikh yang dinanti-nantikan untuk dijabkabul sudah dekat.
Jom kita baca.
Aku dah grade UIA.,cerita ni memang cerita betul hidup aku sendiri. bukan nak membuka pekung di dada, tapi ada mesej yang ingin aku sampaikan.dekat UIA aku kenal sorang sister, lama kenal berkawan selama 2 tahun, lepas grade dan masing2 dapat kerja kiteorang plan untuk kehidupan seterusnya. kahwin.lepas grade alhamdulillah both dah dapat kerja, then kiteorang bertunang selama 3 bulan.
Sementara tu jugak, aku ade buat bisness printing baju dengan member aku.
Saja tambah duit poket, boleh buat belanja kahwin sedikit sebanyak.kiteorang buat online bisness, jadi kebanyakkan orang nak order baju akan pm kiteorang terus.
Tinggal sebulan je lagi aku dengan tunang aku akan disatukan. mostly semua persiapan dah siap.semua dah tempah, kad jemputan, pun semua dah diedarkan, sewa kanopi, semua hampir dah siap.tunggu hari kejadian saja.
Malam tu semua keluarga aku kumpul, bincang pasal majlis kahwin aku.abang2 dan kakak2 aku semua macam bagi nasihat rumah tangga dekat aku, sebelum mendirikan masjid ni semua, since aku anak bongsu dalam keluarga, aku dengar jelah semua nasihat abang dan kakak aku.
Semua tengah meriah bagi tips itu ini, nasihat dekat aku semua tengah duk berbincang, aku dapat call dari no yang aku tak kenal.tapi aku tak hairan sangat, mungkin customer nak order baju aku fikir camtu.then aku angkat call yang masuk tu, senyap.
Lepastu aku panggil tak menyahut, aku pun letak je mungkin salah no.,kali kedua no yang sama call lagi, kali ni ada suara lelaki yang menyahut.dia tanya aku ni hafiz ke?lepastu aku jawab ye, lepastu dia tanya boleh tak nak jumpa aku.aku tanya dia siapa,dia cakap nak tempah baju. aku jawab usually aku tak jumpa dengan customer kalau nak order, just bagi details thru wassap pun boleh aku cakap,s ebab aku pun sibuk nak uruskan majlis kahwin tak lama lagi, jadi tak sempat nk jumpa
Tapi dia seakan memujuk aku untuk berjumpa juga, sebab katanya banyak helai baju yang ingin dia tempah dan dia ade design dia sendiri. aku jawab kalau camtu nanti aku minta tolong business partner aku yang pergi jumpa dia, takpun xyah jumpa pun takpe aku cakap, berapa helai nak tempah baju takde masalah, design pun boleh email je.
Tapi dia cakap dia tak nak jumpa partner aku, dia nak jumpa aku je.aku cakap sama je memana, business partner aku pun boleh je pergi sebab dia pun tahu selok belok nak order baju, lepastu tiba2 dia cakap aku nak cakap pasal tunang kau.aku tersentak bila dia sebut nak cakap pasal tunang aku.
“Nak cakap apa?” aku pun cakap tadi nak order baju, ni nak cakap pasal tunang aku pulak, aku tak kenal dia pun.
“Dia cakap aku kenal kau, aku just nak cakap tunang kau dah rosak banyak kali dengan aku.”
Aku dengan tetiba sergah dia dalam phone call tu, aku cakap kau tak kenal aku, kau tak kenal tunang aku, jadi baik kau jangan buat fitnah sebelum aku report polis.
Dia cepat-cepat bagitahu aku nama penuh tunang aku, lagi lah aku cuak, macam mana dia tahu nama penuh tunang aku, melainkan dia dah kenal dengan tunang aku, lepastu dia bagitahu kalau kau tak caya nanti aku wassap gambar.aku terus letak phone macam tu je.then aku matikan phone aku waktu tu.
Fikiran tengah berserabut gila waktu tu. yelah kau tetiba dapat call dari orang yang kau tak kenal, lepastu siap bagitahu nama penuh tunang kau, cakap tunang kau dah rosak semua dan nak tunjuk bukti semua.aku ambil kunci kereta, dan aku keluar rumah malam tu, mak aku sempat pesan nak keluar pergi mana malam2 dah ni, orang darah manis ni tak elok keluar malam.aku cakap nak lepak dengan kawan jap waktu tu dah pukul 10.30 malam,
Mak aku macam pelik aku jarang keluar lepak dengan kawan lewat2 macam tu.aku tak tahu nak pergi mana, dalam hati aku kuat mengatakan tu hanya fitnah. aku kenal tunang aku .aku pergi lepak sensorang dekat McD.sampai je situ, aku on kan phone aku balik, ade wassap dari tunang aku,tanya aku dekat mana, sebab mak aku bagitahu dia aku keluar tak balik2 lagi, call tak masuk semua. aku bluetick je, then masuk wassap dari no yang aku tak kenal. budak jantan tadi wassap image dekat aku, banyak keping. tapi aku tak download waktu tu, sebab aku tak bersedia nak tengok image ape yang dia hantar dekat aku, tapi hati aku eager nak tahu.
Aku kuatkan hati jantan aku ni dengan download semua gambar.
“Ya Tuhan..remuk hati aku waktu tu, rupanya dia hantar gambar tunang aku dengan dia yang tengah ambil gambar sekali dekat mana tah, tapi tangan dia merangkul kemas pinggang tunang aku seakan berpelukan, gambar tunang aku yang free hair, gambar tunang aku yang selfie dengan hanya pakai singlet.”
Aku sendiri tak pernah pun tengok tunang aku dalam keadaan demikian, patah hati aku waktu tu, aku tak balas, dalam kepala aku cuba untuk tenang dan fikir positif, waktu tu aku cuba fikir ni orang yang sengaja nak rosakkan hubungan aku dengan tunang aku.
Aku fikir tu mungkin gambar edit je tu. tapi hati aku kuat mengatakan tu tunang aku. lepastu jantan tu wassap aku lagi, dia cakap dia tahu semua tahi lalat tunang aku dekat mana, tanda lahir tunang aku dekat mana,dan semua benda sensitif pasal tunang aku dia bagitahu. aku tak tahu pun semua tu, aku tak tahu tahi lalat dan tanda lahir tunang aku dekat mana, aku tak tahu tahu rambut tunang aku paras mana,semua aku tak tahu.
Menangis aku waktu tu jugak, aku cuba tahan tapi air mata jantan aku keluar jugak.malam tu aku balik rumah pukul 3 pagi.membebel mak aku, katanya dah nak kahwin tak boleh dah lepak sampai lewat pagi dengan kawan.3 hari aku tak layan tunang aku, aku cakap aku sibuk dengan printing baju, tak sempat nak layan.rasa nak tampar pun ada,
Kalau duduk depan aku rasanya ,mau dah kena tampar.seminggu lepas tu, aku call jantan tu aku cakap aku nak jumpa.aku nak kepastian, nak tanya betul2.then aku jumpa, jantan tu cerita satu2 dekat aku, sebelum aku kenal tunang aku, tunang aku dah ade bf.dorang dah terlanjur banyak kali, dah buat macam2, lepastu dia tunjuk conversation lama dia dengan tunang aku,semua conversation macam phone seks. aku rasa nak je aku tumbuk muka jantan tu, tapi sebab aku duk tempat awam, aku tahan je.
Aku tanya jantan tu satu je, ape tujuan kau bagitahu aku semua ni? dia cakap sebab aku tak nak kau jadi dayus la gila, pompuan tu dah rosak, aku yang rasa dia dulu.shit! aku balik macam tu je, tiap hari aku menangis, sebak sayu semua ade.majlis kahwin tinggal 2 minggu je lagi, ape patut aku buat.aku tak bagitahu sesiapa,
Aku tak tanya tunang aku hal ni, aku diam je. waktu tu aku dekatkan diri dengan Tuhan aku buat istikharah tiap malam, aku buat solat hajat, aku mohon betul2 dengan Tuhan. aku fikir nak je aku putuskan pertunangan dan batalkan majlis kahwin, tapi aku fikir tu mustahil nak memalukan keluarga sndiiri, lagipun mak aku ade lemah jantung dan bakal mak mertua aku pun tak sihat ade darah tinggi, aku takut dorang terkejut kalau dorang tahu hal ni. tapi aku tak kuat, lemah weh tak tahu nak buat ape.
Aku sendiri tak pernah sentuh tunang aku, even tangan pun tak sentuh,aku sayang tunang aku betol2, aku merungut kenapa mesti aku yang dapat ujian macam ni.aku fikir kalau aku kahwin nanti macam mana dengan keturunan aku, dayuskah aku, semua keliru aku tak tahu nak pilih yang mana.aku xdpt apa2 petunjuk dari istikharah.sampailah aku dengar khutbah jumaat dekat masjid rumah aku,
tajuk khutbah jumaat hari tu peluang kedua.dlm khutbah tu cakap, semua orang berhak untuk diberi peluang kedua, tak kisah jahat atau baik.malah orang tu patut diberi peluang kalau dia ingin betul2 berubah.kita ni siapa nak menghukum orang, seeloknya buka lah hati untuk memberi peluang kedua, insyaAllah Tuhan permudahkan urusan.
terngiang2 dalam kepala aku khutbah jumaat hari tu, majlis tinggal seminggu saja lagi dan aku tak dapat pape petunjuk.
Aku buat keputusan nak jumpa tunang aku, haritu aku jumpa dia dengan bawak hadiah. aku hadiahkan dia sepasang stokin dengan sepasang handsock.dia agak terkejut dengan hadiah yang aku kasi.dia tanya kenapa? aku cakap pakailah stokin tu, tutup kaki, handsock tu pkai la walaupun pakai baju lengan panjang, tapi tetap nampak lengan tu.tunang aku agak keberatan nak terima ape aku cakap, dan teragak2 untuk pakai stokin.
Aku cakap nanti aku beli lagi yang lawa2, baru sedap nak pakai.aku cakap pakailah slow2 baru laki tak usha,jagalah aurat betol2 slow2 takpe aku cakap.then boleh pulak dia cakap cemburu ke? aku panas hati, tapi aku diamkan je.rasa nak je naik tangan, tapi sebab perempuan aku tahan je, aku cakap dlm hati bukan aku cemburu, sebab aku tak nak lelaki lain tengok aurat kau dah.
Aku kumpul kekuatan nak berterus terang. aku tunjuk gambar dia dan budak jantan tu yang sedang bergambar sambil berpelukan. aku tanya ni apa?terbeliak tunang aku waktu tu, terus dia tanya aku dari mana dapat gambar tu, dan tiba2 je dia menangis tersesak2.aku tanya kenapa nak nangis, benda dah pun jadi, kenapa tak terus terang je? kenapa tak cakap yang dah ade bf sebelum ni.semua aku tnya sebab dah hampir sebulan aku pendam sensorang,sampai tumpah jugak air mata jantan aku ni depan tunang aku,dia bagitahu tu cerita lama, dia dah tak contact dengan budak laki tu, budak tu just nak duit dan badan dia je waktu bercinta.tunang aku tanya aku, status kita macam mana, perasaan aku semua adekah aku akn batalkan majlis?
Aku cakap kita proceed jelah, majlis tak sampai berapa hari dah lagi.tentang perasaan tu tipu lah kalau aku tak sakit hati, dah berkecai hati aku sebenarnya, aku jaga tunang aku leklok, tapi alih2 ade orang dah sentuh tunang aku sebelum aku sentuh dia,aku fikir maruah family, fikir mak aku yang sakit jantung, aib tunang aku dan semua lah aku fikir.’
Tunang aku izinkan aku untuk batalkan majlis, dia malu dengan aku sebab dia dah rosak, aku jawab aku anggap ni ujian Tuhan dekat aku, mungkin ade kebaikan yang aku dapat nanti, aku pun tak tahu. ujian untuk aku bimbing isteri aku nanti.aku cakap walaupun dah jadi macam ni,sayang aku tu masih ade.masih kuat.jadi hargailah.aku cuma minta satu je dengan tunang aku, tutup aurat dengan sempurna.sebab tu aku hadiahkan stokin dgn handsock.bukan aku suruh pakai tudung labuh dan purdah segala, just tutup mana yang basic, insyaAllah aku redha dengan ujian ni.
Pernah jugak aku cuba untuk bagitahu mak ayah dia tentang hal ni, tapi tu aib tunang aku. pernah aku nak batalkan majlis dan tinggalkan tunang aku, tapi aku paksa diri aku ingat balik semua kebaikan yang pernah dia buat dekat aku dulu.
Dulu dekat UIA, dia pernah bayarkan yuran aku separuh, pernah dia support duit makan aku bila aku takde duit, dialah tempat aku jatuh bangun strugle dekat uia selama 4 tahun, hal duit tu xyah cakap banyak sangat dia tolong aku, aku budak mustang, ade kalanya dia beli keperluan sukan untuk aku, bukan aku minta tapi dia yang kasi semua ni. jadi aku tak boleh lupa kebaikan yang pernah dia buat even satu kesalahan besar dia buat tak cukup nak tampung kebaikan dia selama ni, tapi aku ingat. aku tak tinggalkan tunang aku bukan sebab kebaikan yang dia buat, tapi sebab kasih sayang aku yang betol2 ikhlas dengan tunang aku,dan aku patut bagi dia peluang kedua untuk berubah .insyaAllah aku akan redha.doakan aku guys.majlis kiteorang hari ahad terdekat ni, terima kasih.
0 comments:
Post a Comment