Tuesday, May 24, 2016

Filled Under:

Hukum Doktor Lelaki Melihat ALAT SULIT /Aurat Pesakit Wanita

Hukum Doktor Lelaki Melihat Kemaluan/Aurat Pesakit Wanita


Ia adalah antara isu yang sering menjadi persoalan banyak wanita. Malah ia pernah ditanya kepada Senator Dr. Masyitah dalam ruangan di Harian Metro. Ia berbunyi sebegini:
SAYA musykil mengenai amalan mendedahkan aurat untuk tujuan perubatan atau pemeriksaan biasa. Baru-baru ini, saya membuat ujian mamogram payudara di sebuah hospital, malangnya jurumamogram itu adalah lelaki.
Walaupun ada jururawat wanita menemani saya, dia tidak tahu mengendalikan mesin itu. Saya disuruh jururawat supaya menanggalkan baju, tudung dan juga baju dalam, oleh itu bahagian atas badan saya terdedah auratnya.
Kemudian saya ditemani jururawat ke bilik mamogram dan jurumamogram meminta saya mengalihkan tangan yang menutupi kedua-dua payudara.
Dia kemudian memegang payudara kiri saya dan meletakkan di atas plat mamogram dan untuk diambil gambar dan sekali lagi memegang payudara saya untuk menurunkannya dari plat. Prosedur itu diulangi pada payudara kanan.
Selepas ujian mamogram, saya dibawa jururawat bersama gambar mamogram yang diambil ke bilik doktor yang juga seorang lelaki. Saya masih tidak berbaju ketika itu dan hanya menutup kedua-dua payudara dengan tangan.
Doktor kemudian memeriksa payudara saya dengan menekan menggunakan jarinya untuk mengesan ketulan.
Puting payudara juga ditekan untuk mengesan sebarang kelainan.
Apakah hukumnya saya mendedahkan payudara dan membiarkan doktor lelakidan jurumamogram menyentuh tanpa memakai sarung tangan sebagai alas?
ZABEDAH
Sungai Petani, Kedah
Jika ini terjadi kepada kita. Pasti malu bukan kepalang apabila orang lain selain daripada suami melihat kemaluan kita. Bagaimana jawapan terhadap soalan ini? Inilah respon daripada Dr.Mashitah:
Menjadi fardu kifayah kepada wanita untuk mengambil jurusan kedoktoran supaya hal ehwal membabitkan wanita dalam urusan perubatan dapat dikendalikan sepenuhnya oleh doktor dan juga jururawat wanita.
Namun kini kebanyakan hospital kerajaan mempunyai ramai doktor dan pembantu wanita yang boleh membantu puan.
Perkara itu sudah berlaku dan langkah terbaik patut diambil adalah banyak beristighfar dan bertaubat kepada Allah. Pada masa akan datang carilah hospital kerajaan yang mempunyai ramai tenaga pakar wanita.
Sumber: Harian Metro
Ulasan :
Seeloknnya kita mencari hospital yang mempunyai doktor wanita. Malah kita patut menggalakkan anak bangsa kita untuk menceburi bidang kedoktoran dan bidang berkaitan agar dapat memberikan kemudahan kepada kaum wanita. Ia menjadi menjadi fardu kifayah untuk kaum wanita menyelesaikan masalah wanita.
Jika ini, berlaku ia adalah satu darurat. Cuma selepas itu, carilah hospital yang menawarkan perkhidmatan doktor wanita dan kakitangan wanita dalam membuat medical check up.




0 comments:

Post a Comment