Wednesday, May 18, 2016

Filled Under:

JEJAI GILA "TALAK" .. DAH BUAT MACAM KAIN BASAH MAIN PAKAI BUANG !!



Dah kenapa pulak banyak pulak lelaki yang perangai macam ni kat dunia entah.. Waktu sah bergelar suami dan isteri tak mahu jaga isteri elok-elok.. Bila dah bercerai, kalut nak tunjuk kasih sayang ‘terlajak’ pulak kat bekas isteri..

U’olls semua mesti dah tahu kan kes Fasha Sandha yang didakwa dah buat laporan polis di Balai Polis Ampang pada jam 1 petang semalam? Fasha dikatakan dah buat laporan polis pada bekas suaminya, Jejai..

Fasha hadir bersama peguamnya untuk membuat laporan polis memaklumkan dirinya sering diganggu Jejai yang suka memasuki rumah kediamannya sesuka hati.. Amboi Jejai, ko ingat Fasha tu masih lagi bini ko yang sah ke nak keluar masuk rumah orang tanpa kebenaran..

Disebabkan hal ini juga, rata-rata netizen sifatkan bekas suami Fasha itu adalah seorang lelaki yang gila talak.. U’olls semua tahu pasal lelaki gila talak? Macam si Jejai ni la, dah ceraikan isteri tapi masih dok tergila-gilakan si Fasha..

Nampak bekas isteri macam tengah rapat dengan mana-mana lelaki lain, Jejai ni jadi tak keruan sampai sering kali mengganggu bekas isteri supaya tak ada lelaki lain boleh mendekati bekas isterinya itu..

Waktu masih lagi dalam tempoh rujuk, Jejai ni belagak hati ‘sado’ sangat.. Dah habis tempoh rujuk baru nak terhegeh-hegeh nak menagih simpati dari Fasha.. Nampak Fasha macam susah je nak kembali semula ke pangkuan Jejai.. Ingat perempuan ini macam baju ke, boleh nak dipakai dibuang je? Rasa nak pakai, ko ambil pakai.. Rasa dah bosan, ko campak tepi..




0 comments:

Post a Comment