Bomoh OKU Cubit Alat Sulit Wanita Dipenjara
BACHOK, 17 Mei - Akibat berkelakuan tidak senonoh dengan mencubit alat sulit dua gadis, seorang bomoh OKU dikenalkan hukuman jel 24 bulan dan lima sebatan oleh mahkamah majistret di sini hari ini.
Hukuman itu dibuat oleh Majistret, Azem Fatihi Kamal terhadap tertuduh, 36, selepas dia mengaku bersalah.
Dalam kejadian 2 Mei itu, tertuduh didakwa mencubit pangkal paha kiri dan kanan serta kemaluan dari bahagian luar kain seorang gadis berusia 18 tahun di sebuah bangsal goreng pisang di Kampung Kemudi, di sini, antara jam 6.30 petang dan 8.30 malam.
Bagi pertuduhan kedua pula, dia didakwa mencubit kemaluan dan payudara seorang lagi mangsa yang juga berusia 18 tahun sebuah rumah di Jelawat, di sini, antara jam 8.30, 2 Mei lalu dan jam 5 pagi, 3 Mei lalu.
Sebelum ini, tertuduh merayu agar hukuman ringan dengan alasan dia menghidap penyakit jantung, namun Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Firdaous Mohamed Idris memohon hukuman penjara dan sebatan dikenakan.
“Tertuduh melakukan perbuatan jijik dengan tipu helah hingga mengakibatkan mangsa mengalami trauma. Mohon satu hukuman yang dapat memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang lain supaya tidak mengulanginya,” kata Mohamad Firdaous sebagaimana lapor Sinar Online.
0 comments:
Post a Comment