Apa perasaan korang kalau ada doktor telah melakukan kecuaian ke atas korang ketika dibedah?? Mesti mengamuk gila, betul tak?? Apatah lagi melakukan kecuaian membabitkan bahagian sulit korang.. Begitulah yang dilakukan oleh seorang pakar bedah yang kini dipantau, selepas didakwa tersilap membuang buah zakar seorang lelaki..
Itu dah satu kesilapan dia lakukan, lepas tu dikatakan dia cuba pulak nak menyembunyikan kesalahannya yang dilakukan.. Tahu tak alasan yang diberikan oleh doktor terbabit yang dikenali Dr Marwan Farouk apa?? Dia mengatakan alat sulit mangsa tu semakin mengecil dan mengecut!
Dah buat salah tu, masih nak cari alasan lagi.. Ketika kejadian, Dr Marwan sedang menjalankan pembedahan membuang ketumbuhan pada alat sulit pesakitnya tu, tapi dia secara tidak sengaja pulak telah membuang buah zakar sebelah kanan pesakitnya tu.
Disebabkan kecuaiannya tu, Dr Marwan akan berdepan perbicaraan di hadapan Tribunal Pengamal Perubatan bulan depan dan berkemungkinan dipecat, digantung, diberikan amaran atau menjalani latihan lanjut..
Difahamkan, pembedahan tu dijalankan di Hospital Chiltern di Buckinghamshire pada April 2014.. Sejak kejadian tu, Dr. Marwan dikatakan terpaksa bekerja di bawah syarat-syarat yang ketat dan diharamkan daripada melakukan pembedahan buah zakar..
Walaupun dia tak sengaja melakukannya, dia telah menyebabkan ‘kecacatan’ pada pesakitnya.. Korang rasa hukuman apa yang setimpal buat Dr Marwan yer??
0 comments:
Post a Comment