Selepas Muntah Tanpa Henti, Doktor Melakukan Imbasan, Lihat Apa Yang Ditemui Sungguh MEMERANJATKAN !!! |DUBLIN – IRELAND. Sedangkan hendak menelan sebiji pil pun sukar, bayangkan pula bagaimana seorang banduan boleh menelan telefon bimbit!
Banduan berusia 29 tahun itu dikejarkan ke Hospital Tallaght, di sini selepas muntah tanpa henti beberapa jam dan terpaksa dibedah untuk mengeluarkan telefon itu, lapor Metro.uk.
Doktor cuba menarik keluar telefon itu menggunakan alat yang dilengkapi kamera namun kaedah tersebut gagal dan memaksa mereka melakukan pembedahan.
Pakar bedah menggunakan kaedah ‘laparotomy’ dengan membuat potongan melalui dinding abdomen untuk mengakses ke organ dalaman.
Butiran kes itu kemudian dilaporkan dalam Jurnal Antarabangsa Laporan Kes Pembedahan.
Punca dan bagaimana banduan itu menelan telefon tidak dapat dipastikan namun lelaki itu didakwa mempunyai sejarah masalah kesihatan mental sebelum ini.
0 comments:
Post a Comment