Wednesday, May 18, 2016

Filled Under:

PERGH !! Mike Tyson Dedah Rahsia 12 Gaya Liar Ketika "BERNAFSU"..

Zaman kecil penuh dengan latar belakang keluarga yang berantakan menimbulkan dendam dan sikap agresif pada diri petinju legenda, Michael Gerrard Tyson atau Mike Tyson dan ini termasuk perilaku seksualnya.

Mike Tyson Dedah Rahsia 12 Gaya Liar Ketika Bernafsu

Dalam buku autobiografi terbaharunya, Undisputed Truth, Tyson menyebut rasa perit zaman kecil telah menyebabkan dirinya melarikan diri dengan kerap ambil ubat bius, minuman keras dan kenikmatan seks yang akhirnya menimbulkan kebergantungan.

“Ayah saya seorang ‘bapa ayam’. Ibu saya pula seorang wanita yang sedia tidur dengan sesiapa pun demi menyara ekonomi keluarga,” tulis Tyson mengingat kembali hubungan dengan ibunya yang tidak pernah berlandaskan prinsip kepercayaan.

“Ibu saya selalu anggap saya sebagai anak liar yang berkeliaran di jalan sepanjang hari. Setiap kali pulang ke rumah dengan memakai baju baru, dia akan tahu bahawa saya dapat barang itu tidak dengan beli, dan dia pun marah kerana itu,” kata Tyson.

Namun, Tyson mengakui ia juga tidak dapat menerima sikap kejiwaan ibunya: “Hampir setiap kali saya melihat ibu lempar barang-barang jika dia marah kepada kekasihnya tetapi, beberapa saat kemudian, saya lihat dia berbaik semula lagi dengan lelaki itu.”

Tyson mengaku dia mula memiliki tujuan hidup setelah menyaksikan filem mengenai kisah hidup petinju tersohor sepanjang zaman Cassius Clay atau nama Muslimnya, Muhammad Ali dan dari situ, dia sedar bagaimana cara mencapai ketenangan selama ini,

“Muhammad Ali mendidik saya cara memperoleh nilai kebenaran, kekayaan dan apa pun yang diinginkan, melalui dunia tinju,” katanya. Ironi, sayang Tyson tidak memiliki sisi-sisi yang membentuk kebesaran seorang legenda seperti Muhammad Ali.

Berikut 12 fakta perilaku seks Tyson:

1. Tyson lakukan seks dalam penjara

Tyson pernah dipenjara antara April 1992 hingga Mac 1995 kerana kes rogol terhadap peserta ratu cantik, Desiree Washington. Di dalam penjara, dia mudah berhubungan dengan wanita-wanita yang datang melawatnya.

2. Tyson tidur dengan 15 wanita setiap hari sebelum jalani tahanan

Pada puncak popularitinya, Tyson mengatakan, dia dengan mudah meniduri 15 wanita, dengan diberi ganjaran wang atau pun secara percuma.

3. Simpan nama wanita pernah seks dengannya hingga awal 1990an

Bekas pengawal Tyson, Rudy Gonzalez, pada Ogos 1992 pernah menyatakan kepada New York Post bahwa Tyson menyimpan sekitar 1,300 nama wanita yang pernah melakukan hubungan seks dengannya, lengkap dengan gaya seks mereka di tempat tidur. “Banyak nama yang anda kenal, namun, kebanyakan mereka adalah peminat atau groupie,” kata Gonzalez.

4. Tetap seks dengan mantan isterinya 

Tyson bercerai dengan Robin Givens, bekas isterinya pada 1989 setelah berkahwin selama dua tahun. Dalam wawancara dengan wartawan Graham Bensinger pada 2012, Tyson menyebut dia tetap berasmara dengan Givens meskipun dalam proses perceraian. “Setiap hari, sebelum pergi ke mahkamah, saya datang ke rumah Robin dan bersetubuh dengannya. Sehinggalah suatu hari, saya dapat tahu Brad Pitt sudah datang sebelum saya sampai. Saya sangat marah dan Brad sangat takut waktu itu.”

5. Buat seks dengan model ternama, Naomi Campbell

Mantan pengurus Tyson, Rory Halloway, dalam bukunya berjudul Taming the Beast: The Untold Story of Mike Tyson, membuka kisah hubungan Tyson dengan aktres dan model ternama, Naomi Campbell. “Ketika datang ke pesta, saya mengawasi Mike seperti biasa. Tiba-tiba saya lihat dia mendekati seseorang. Terkejut! Itu Naomi Campbell! Tak lama kemudian Mike masuk ke bilik mandi dan meminta saya untuk menjaganya, kemudian Naomi menyusul masuk ke dalam,” tulis Halloway.” Saya perlu menjaga di depan pintu dan mengusir orang yang mahu menggunakan bilik mandi itu.”

6. Penjagaan 24 jam di hotel untuk halang wanita masuk

Rory Halloway juga menyebut bahawa setiap kali menjelang pertarungan, pihak pengurusan menugaskan kawalan keselamatan 24 jam di luar bilik penginapan Tyson untuk mencegah wanita-wanita yang akan mengganggu tumpuan Tyson menjelang pertarungan.

7. Berasmara dengan memakai tali pinggang juara

Ketika menjadi juara dunia tinju kelas berat besar atau heavy weight pada usia 20 tahun, Tyson berasa dirinya sudah berada di puncak dunia dan mencapai semua impiannya semasa kecil. “Saya merasa tidak ada yang dapat menghalang saya. Saya juara dunia tinju termuda sepanjang sejarah tinju. Saya rasa diri saya seperti Titan, jelmaan semula Alexander Agung. Kadang-kadang saya mewujudkan kebanggaan ini dengan berasmara bersama seorang gadis sambil memakai tali pinggang juara tinju dunia.” tulis Tyson.

8. Dalam penjara pun Tyson dapat layanan seks

Antara April 1992 hingga 1995, Tyson ditahan di Indiana Youth Center, Indianapolis, kerana kes rogol pada Julai 1991. Namun, di tempat ini, dia masih tidak mampu mengendalikan kebergantungannya kepada seks dan yang peliknya, dia boleh mendapatkan semuanya dari ramai pelawat wanita. “Masa itu saya dilanda terlalu banyak masalah sehingga saya berasa lebih selesa berada dalam sel penjara daripada pergi ke tempat latihan.”

9. Ditangkap basah buat pesta seks ketika hukuman pemerhatian

Dalam program bual bicara televisyen Jimmy Kimmel Live Talk Show pada November 2013, Tyson menceritakan bagaimana warden hukuman pemerhati pernah menangkap basah dia sedang melakukan pesta seks, lengkap dengan banyak ubat terlarang. “Ketika itu, memang buruk sekali, kami menghisap kokain ketika pegawai datang,” kata Tyson. “Ha-ha-ha... anda akan lihat saya kehilangan keghairahan dan kemampuan seks saya seketika…”

10. Bercinta dengan wanita usia jauh lebih tua

Tyson mengingatkan dirinya tidak memiliki standard tertentu ketika berasmara dengan wanita. Sebab itulah, dia mengaku pernah melakukan hubungan seks dengan siapa pun, termasuk wanita pembersih bilik hotel. Dia pernah berasmara dengan seorang wanita juruwang di sebuah kedai ketika berbelanja di sana. Tyson merayu wanita yang telah berusia lebih 50 tahun tersebut kerana menurutnya, hanya wanita itu yang ada di dekatnya pada waktu itu.

11. Pukul tujuh wanita penghibur di bilik hotel

Setelah memutuskan untuk berhenti bertinju pada 2005, Tyson masih kerap mengalami masalah dengan kebiasaan tabiat masa lalu. Pada 2009, dia mengaku pernah merasakan ketakutan luar biasa setelah menerima suntikan kokain. Dalam ketakutannya itu, Tyson mengamuk dan memukul tujuh wanita penghibur yang telah dipanggil di bilik hotelnya. “Itulah saat moral terendah dalam hidup saya. Saya seperti merasakan pukulan knock out oleh diri saya sendiri.”

12. Tyson pernah berasa jenuh pada seks

Tyson mengaku menemui pakar terapi untuk menyembuhkan ketagihannya kepada seks. Pada pertengahan 1990an, Tyson mula menyedari ada kesalahan pada kehidupan seksualnya, terutama kebergantungan pada seks atau melakukan aktiviti seks beramai-ramai. “Pada satu titik,” tulis Tyson. “Apa pun yang saya lakukan dalam seks selalu beramai-ramai. Ketika itu, saya merasa diri saya ini sampah, sesuatu yang sangat kotor...” –Agensi

Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com/2015/04/mike-tyson-dedah-rahsia-12-gaya-liar.html#ixzz48vu0tk2w
Follow us: @SentiasaPanas on Twitter | SentiasaPanas on Facebook




0 comments:

Post a Comment