Ingatkan dongeng dan berlaku pada orang biasa-biasa sahaja. tetapi, bekas isteri vokalis kumpulan Wing, Awie iaitu Rozana Misbun mengaku pernah mendapatkan khidmat pengamal perubatan wanita atau bomoh bernama Maksu semasa mereka masih tinggal bersama.
Pengakuan itu dibuat sendiri oleh Rozana di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada Khamis.
“Saya bersama Awie dan pembantunya ada berjumpa dengan Maksu pada 2 Jun 2014.
“Saya dan Maksu saling mengenali sebelum perjumpaan itu lagi. Kadang-kadang saya akan berjumpanya untuk mandi bunga sebagai tujuan perubatan,” katanya di hadapan Hakim Syarie Ibrahim Deris.
Rozana yang juga bekas model, 38, menafikan bahawa botol kaca berisi rambut, kaca dan darah yang dijumpai Awie di rumah tinggal mereka adalah miliknya.
“Botol tersebut dijumpai selepas saya keluar rumah pada 5 Jun 2014 dan perkara itu diada-adakan untuk memburukkan saya,” jelasnya.
Pada Januari tahun lalu, Awie pernah mendakwa menjumpai pelbagai barangan khurafat seperti botol berisi cecair, patung kemaluan lelaki bersalut emas, patung sami diperbuat logam dan tangkal di rumahnya.
Ia dipercayai sebagai milik bekas isterinya itu. Baru-baru ini Awie telah didenda oleh mahkamah sebanyak RM2,000 setelah mengaku bersalah memukul Rozana. - CARI Infonet
0 comments:
Post a Comment