Thursday, May 19, 2016

Filled Under:

RATAPAN MEREKA SIAPA PEDULI... ISRAEL MELEDAKAN BOM PERANGSANG KANCEL KE ATAS KANAK PALESTIN, 10 foto membuat kamu insaf melihatnya

Israel Menggunakan Bom Perangsang Kanser ke Atas Kanak-Kanak Palestin

Seorang doktor warga Norway yang bekerja di Gaza dengan lantang mengkritik Israel kerana menggunakan bom perangsang-kanser terhadap penduduk Palestin.
Menurut Agensi Media Palestin Al-Ray, Dr. Erik Fosse pernah melaporkan kepada Press Tv bahawa majoriti pesakit yang dimasukkan ke hospital di Gaza adalah rakyat yang cedera akibat serangan ke atas rumah mereka, dan 30% daripada mereka merupakan kanak-kanak.
Dense Inert Metal Explosive atau DIME, satu bahan letupan yang dicipta untuk mengurangkan kesan sampingan bahan letupan. Dilaporkan bom tersebut memberi kesan ketara walaupun radius kerosakannya kecil dan kebanyakan pakar perubatan mempercayai mangsa yang terkena dengan serpihan mikro akan mengalami kesan biologi yang parah.
Senjata DIME telah dibangunkan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat (AS), pada tahun 2006, dan telah diuji berulang kali ke atas rakyat Gaza, di mana jika menurut Electronic Intifada, rakyat Gaza telah lama dijadikan sebagai ”tikus makmal tanpa rela” untuk industri persenjataan Israel.
DIME mengandungi tungsten, satu logam perangsang-kanser yang lagi membantu letupan meletup dengan kuat hingga menembusi daging dan tulang mangsa malah anggota bahagian bawah turut termusnah sama sekali sekiranya mangsa berada dalam radius 4 meter atau 13 kaki dari tempat letupan.
Luka akibat letupan tersebut pula amat susah untuk disembuhkan kerana tungsten daripada DIME yang berupa serbuk halus amat sukar untuk dikeluarkan melalui pembedahan.
DIME merupakan senjata yang diharamkan di mana ia pernah diuji di Iraq (Fallujah) AS dan pernah digunakan oleh Israel pada tahun 1996 kemudian 2008-2009-2014 terhadap warga Gaza. Bahkan ia bukan kali pertama Israel menggunakan senjata yang diharamkan ke atas rakyat Palestin.
Apakah motif Israel disebalik penggunaan senjata haram ini?
Jika Israel Laknatullah menggunakannya untuk menjadikan rakyat Gaza sebagai ”tikus makmal”, cuba untuk melakukan keganasan, ingin menyebarkan kanser atau mahu melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas rakyat Gaza maka ia membuktikan mereka tidak bermoral, tidak beretika, tidak berperikemanusiaan dan layak digelar pengganas.
Sehingga sekarang tiada sesiapa pun yang mengetahui tujuan Israel bertindak sedemikian.
Seorang doktor yang berpengalaman dalam zon perang berkata sesetengah rakyat Palestin yang dikepung mengalami kecederaan akibat daripada sejenis senjata baru yang tidak dikenalpasti sebelum ini.
Israel juga pernah menggunakan senjata yang diharamkan sebelum ini termasuklah Uranium dan Fosforus putih di mana meninggalkan kesan berparut dan terbakar yang teruk terhadap mangsa. Manakala serangan terhadap rakyat Gaza melalui jalan darat masih berterusan dan lebih 2,000 cedera di Gaza, termasuk warga tua, orang kurang upaya dan kanak-kanak bawah setahun – kesemua mangsa sasaran ini kebanyakannya dari rumah awam, hospital dan bandar.
Terjemahan oleh : Nurul Fitrah Abdullah




0 comments:

Post a Comment