Wednesday, May 18, 2016

Filled Under:

KEJADIAN TERBARU !! Caliph Buskers ‘Berang’ Dengan Pihak KL Monorel !!



Mesti ramai yang tertanya-tanya sebab apa yang ahli Caliph Busker dah ‘berang’ dengan pihak KL Monorel.. U’olls jangan salah sangka pulak, sebenarnya ahli Caliph Buskers tak marah pun dengan pihak KL Monorel..

Caliph Buskers minta pihak berwajib yang terlibat di KL Monorel untuk mengambil berat tentang kabajikan warga OKU yang menggunakan monorel, terutamanya pada aspek keselamatan..

Salah seorang ahli Caliph Buskers, iaitu Zaki Ismail dah pun mengalami patah tangan dalam perjalanan nak balik ke rumah waktu naik monorel.. Zaki ni adalah OKU cacat penglihatan mata, memang tak nampak..

Hanya menggunakan deria pendengaran untuk tahu setiap yang berlaku di sekelilinganya.. Nak dijadikan cerita Zaki dengar bunyi monorel berhenti, Zaki ingatkan monorel yang dia nak naik dah sampai..

Zaki tak fikir panjang terus melangkah nak masuk monorel.. Tapi Zaki dah pun jatuh kat landasan monorel.. Bunyi monorel yang berhenti tu sebenarnya kat platform bertentangan.. Nasib baik waktu Zaki jatuh kat landasan tu tak ada monorel yang datang..

20 minit menahan sakit dan patah tangan, baru orang ramai datang membantu.. Patutnya pihak yang berwajib buat pernambahbaikan untuk golongan OKU.. Kalau boleh tu, orang yang ada kat sekeliling golongan OKU ni pun bantu la sama.. Jangan dok jadi hati kering buat tak tahu langsung dengan golongan OKU macam dorang.. - MissA/UtaraNews.com




0 comments:

Post a Comment