Saturday, May 14, 2016

Filled Under:

PERGH !! Penggemar Domino Terlepas Dari Maut Selepas 11 Hari Tak Beli Pizza !!





Nyawa seorang penggemar pizza Domino hampir melayang, selepas 11 hari dia tak datang membeli pizza seperti sebelum ni.. Korang nak tahu apa yang berlaku?? Kalau korang nak tahu, Kirk Alexander, 47 sebenarnya penggemar pizza Domino yang tegar dan telah menjadi pelanggan setia Salem Domino’s Pizza sejak tujuh tahun lalu lagi..

Bila dia tak datang beli pizza selama 11 hari, ia membuatkan pekerja di Salem Domino’s Pizza tu pun mula berasa bimbang.. Amboi! Prihatin sungguh dorang noh?? Dek kerana bimbang, pihak restoran tu menghantar salah seorang pekerja penghantaran pizza untuk memeriksa Kirk di rumahnya..

Namun tak dapat respon dan panggilan telefon pun masuk ke peti simpanan suara.. Penghantar pizza tu pun bertindak menghubungi 911, kemudian polis tiba di rumah Kirk dan mendengar suara orang meminta tolong dari dalam rumah.. Masa tu, barulah dorang mendapati Kirk berdepan dengan masalah kesihatan yang boleh membawa maut..

Difahamkan, Kirk mengalami strok dan kini berada dalam keadaan stabil.. Agaknya banyak makan pizza kot noh?? Hihii.. Penolong pengurus Domino terbabit yang dikenali sebagai Jenny Seiber mengatakan, Kirk merupakan seorang pelanggan yang di kenali ramai di restoran tu..

Setiap hari, Kirk dikatakan akan membeli makanan yang berlainan.. Selain itu, Jenny mengatakan pekerja di restoran tu pun dah menganggap Kirk macam keluarga.. Itu sebab dorang bimbang sangat bila Kirk dah tak datang beli pizza selama 11 hari tu..

Kirk bernasib baik bertemu dengan pekerja di restoran tu semua.. Kerana dorang, dia berjaya diselamatkan daripada bahaya.. Kalau tak, rasanya dia dah tak ada kat dunia ni.. Betul tak?? -




0 comments:

Post a Comment