Orang sekarang ni semua nak cantik, itu sebab pelbagai produk kecantikan diperkenalkan.. Tak cukup dengan produk kecantikan, dorang akan mencari ‘alternatif’ lain untuk mencantikkan diri dorang.. Apalagi, dengan cara pembedahan plastik atau cucuk botox lah.. Sesetengah tu sampai taksub cucuk sana sini, itulah orang yang tamak dan tak bersyukur!
Korang pun tahu kan, kalau terlampau taksub dengan benda tu semua akan memberi kesan sampingan yang teruk.. Betul tak?? Begitulah nasib seorang wanita transgender, bila dia terlalu taksub untuk kelihatan cantik tapi bertukar menjadi mimpi ngeri pulak..
Mana tak nya, wajah dia menjadi lebih teruk akibat suntikan silikon.. ‘Kasihan’ sangat! Itulah dari jadi lelaki nak bertukar jadi perempuan, inilah padah yang perlu diterima!
Penderitaan yang dialami Rajee Narinesigh, 48, sejak 10 tahun lalu lagi apabila kulit muka dia menjadi berketul-ketul.. Berdasarkan cerita yang diceritakan oleh Rajee, dia mendapatkan suntikan tu di sebuah klinik tidak berdaftar pada tahun 2005.. Ini memang sengaja cari penyakit! Dah tau klinik tu tak berdaftar, pergi cuba juga.. Itulah padahnya!
Entah apa punya bahan lah di suntik ke muka dia, akhirnya kulit muka dia juga berubah menjadi berketul-ketul.. Selama 10 tahun tu Rajee berusaha mencari pakar bedah yang boleh mencantikkan kembali wajah dia, tapi usahanya gagal..
Sehinggalah dia berjumpa dengan dua doktor pakar bedah bernama Dr. Tery Dubrow dan Dr. Paul Nassif.. Kedua-dua doktor tu pun mengakui pembedahan bagi membuang ketulan silikon tu tinggi risikonya dan boleh menyebabkan implikasi lain.. Yela, kalau tersilap sikit jer.., keradangan boleh berlaku sekali gus akan menyebabkan kulitnya bertukar rosak teruk..
Bagaimanapun, kepakaran dan ketelitian kedua-dua doktor tu dapat menyelamatkan wajah Rajee kembali.. Pembedahan tu berjaya membuang kesemua cecair silikon di wajah Rajee.. Korang lihat jer lah perubahan yang dialami Rajee di atas tu.. Wajah dia dah kembali normal berbanding dulu yang serupa ‘monster’... Huhhu..
0 comments:
Post a Comment