Sunday, May 22, 2016

Filled Under:

TENGURAN PEDAS BUAT PENGIKUT FACEBOOK ZARITH SOFIAH,,HANYA LIKE GAMBAR ORG2 YG MENARIK,, KURANG BERMINAT DENGAN ATIKEL ISLAMIK

Teguran Raja Zarith Sofiah buat pengikut di Facebook


Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah hari ini menegur pengikut atau followers di laman sosial Facebook milik baginda.
Raja Zarith Sofiah tegur pengikut di Facebook
Raja Zarith Sofiah tegur pengikut di Facebook
Raja Zarith Sofiah mempersoalkan tindakan pengikut yang meninggalkan komen dan ‘Like’ setiap kali baginda memuat naik foto sendiri, bagaimanapun tidak berbuat perkara sama apabila baginda memuat naik artikel berkaitan cucu Nabi Muhammad SAW.
“Saya memuat naik gambar dan menerima beribu ‘Likes’ serta beratus komen. Tapi bila saya memuat naik artikel mengenai cucu Nabi Muhammad SAW, saya hanya menerima 10 ‘Likes’ dan satu komen (yang mana datangnya daripada seorang warganegara Singapura).
“Bagaimana kita akan menjadi seorang Muslim atau Muslimah yang lebih baik, jika kita tidak berminat dengan sejarah Islam, dan tidak cuba menimba lebih banyak ilmu pengetahuan tentang agama Islam?,” luah Raja Zarith Sofiah.
“Adakah ini kerana rencana tersebut ditulis dalam Bahasa Inggeris dan tidak ramai yang boleh membacanya? Atau, adakah kerana semua terlalu sibuk dan tidak mempunyai masa untuk membacanya? Atau, adakah kerana tiada siapa yang berminat tentang cerita berhubung dengan keluarga Rasulullah SAW? ” soal baginda lagi menerusi muat naik status di Facebook.
Muat naik status Raja Zarith Sofiah itu mendapat maklum balas daripada pengikutnya.
Kata salah seorang pengikut baginda, Nor Fatin Gali, dia sentiasa mengikuti perkembangan Raja Zarith Sofiah dan berpendapat artikel Raja Zarith Sofiah berkenaan cucu Nabi Muhammad SAW tidak ‘mendapat sambutan’ berikutan penggunaan Bahasa Inggeris dalam artikel tersebut.
“Kebanyakan rakyat Malaysia lebih gemar dan lebih faham bila Tuanku menggunakan Bahasa Melayu… Maaf Tuanku. Kami sayangkan Tuanku. Terima kasih atas perkongsian (artikel).  Ia merupakan pengetahuan yang baik dan pengajaran buat semua,” katanya pada ruangan komen,
Sementara seorang lagi pengikut akaun Facebook Raja Zarith Sofiah, Norhayati Burham mendakwa, dia mungkin terlepas pandang tentang artikel yang dimuat naik oleh Permaisuri Johor itu semalam.
“Saya rasa, kalau Tuanku tidak muat naik artikel itu, memang saya tidak tahu sebab semalam memang tidak ada dalam news feed saya,” katanya.




0 comments:

Post a Comment